Budak Berusia Setahun Sudah Ditumbuhi Misai Dan Janggut. Aditya Kumar yang kelihatan seperti orang dewasa dengan janggut dan misai tumbuh di mukanya sebenarnya belum pun mencapai usia dua tahun.
Namun ketika dilahirkan, ibu bapanya mendakwa Aditya adalah normal, sema
seperti bayi yang lain namun selepas usianya mencecah setahun,
tanda-tanda penuaan mula berlaku. Beratnya mula meningkat mendadak dan
mukanya mula ditumbuhi misai, sama seperti lelaki dewasa yang lain. Ibu
bapanya yang bimbang dengan keadaan itu telah membawa Aditya ke
hospital.
Dia kemudiannya dibawa ke pakar kanak-kanak di klinik Dr. S.A. Krishna
oleh bapanya, Vinay Sao serta neneknya. Bagaimanapun Dr Krishna yang
memeriksa Aditya memaklumkan mengenai keadaan bayi tersebut dan dia
mungkin terpaksa menjalani pembedahan atau rawatan radiation untuk
menyembuhkannya.
Susulan itu, Aditya telah dirujuk ke All India Institute of Medical
Sciences (AIIMS) di Delhi untuk rawatan lanjut namun masalah kewangan
menghalang bayi itu dirawat di institut berkenaan. Sebaliknya ibu
bapanya mahu dia dirawat di Patna oleh Dr Krishna. Dalam pada itu, Dr.
Krishna berkata, beliau memang meminta ibu bapa Aditya membawa
kanak-kanak itu ke AIIMS.
“Penyakit ini berlaku akibat masalah hormone. Laporan ultrasound yang
dijalankan mendapati terdapat tumor dalam kalenjar adrenalin di atas
buah pinggangnya.
“Ia kemungkinan punca kepada masalah ini, namun lebih banyak ujian perlu
dijalankan ke atas Aditya dan ia hanya boleh dilakukan di AIIMS,’’
katanya.
Sumber: pingje.com
0 Response to "[Pelik] Budak Baru Berusia Setahun Sudah Ada Misai Dan Janggut"
Post a Comment