KUALA LUMPUR - Video kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) yang mengugut mahu membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu BAkar dengan meletupkan kereta tersebar di laman sosial.
Tindakan AMAD itu bertujuan mahu menakut-nakutkan ketua-ketua agensi kerajaan agar tidak melakukan penipuan dalam sistem demokrasi di negara ini.
Dalam rakaman video berdurasi 1.28 minit yang turut mempamerkan gambar selebriti Jaafar Onn, tiga anggota AMAD yang berselindung dengan topeng mendakwa demokrasi di Malaysia telah mati selain dari mengagung-agungkan negara-negara berfahaman komunis seperti China dan Russia menjadi maju kerana menolak sistem demokrasi.
AMAD juga turut melemparkan kata-kata cacian terhadap demokrasi dan cuba menghasut anak-anak muda seluruh negara agar bersama berjuang dengan mereka.
Terdahulu, sekumpulan NGO telah menuntut agar Khalid meletak jawatan ekoran dakwaan amalan salahguna kuasa semakin meningkat.
NGO terbabit juga mahu mengemukakan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan polis berdasarkan komen-komen di laman sosial.
"Kami akan susu strategi sama ada (pengunduran Khalid) melalui petisyen atau meminta Menteri Dalam Negeri mengadakan mesyuarat untuk kita bentang sebab-sebab Khalid perlu letak jawatan," kata pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.
Selain BERSIH, SUARAM dan Amnesty International, Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan mahasiswa dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut mengesa perkara yang sama.
Kesemua badan bukan kerajaan ini merupakan kumpulan yang seringkali melanggar undang-undang dengan mengadakan perhimpunan haram dan demonstrasi di jalan raya sehingga menganggu ketenteraman awam.
0 Response to "VIDEO: AMAD UGUT LETUPKAN KERETA KETUA POLIS NEGARA "
Post a Comment