ROSMAH TAK DAPATKAN KHIDMAT PENDANDAN RAMBUT RM1,200 - AHMAD MASLAN

blogger templates


Kenyataan media mainstream sebelum ini mendedahkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur, menggunakan khidmat dandanan rambut dari rumah ke rumah bernilai RM1,200, sehingga menjadi bahan bualan rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang menganggapnya membazir.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Datin Seri Rosmah Mansor hanya merungut tentang harga itu selepas penyedia perkhidmatan dandanan rambut dari rumah ke rumah itu meletakkan harga setinggi itu," katanya.

"Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata 'amboi mahalnya'.

"Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya," kata Ahmad yang menjelaskan dirinya ada bersama dengan isteri Perdana Menteri Malaysia pada majlis penerangan GST kepada anggota persatuan isteri-isteri menteri dan timbalan menteri BAKTI, minggu lalu.

"Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif."

Kenyataan Rosmah itu mendapat banyak kecaman negatif dari netizen dan pembangkang yang mengambil kesempatan untuk menambah burukkan lagi keadaan.


 Sumber The Hype Media

0 Response to "ROSMAH TAK DAPATKAN KHIDMAT PENDANDAN RAMBUT RM1,200 - AHMAD MASLAN"

Post a Comment