Amelina kembali demi menyara anak

blogger templates

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut, Amelina berharap kemunculannya tidak dicemburui kerana dia hanya ingin mencari rezeki buat enam cahaya matanya yang berusia antara enam hingga 14 tahun.
Menjawab dakwaan mengenai segelintir artis seangkatan yang kurang senang dengan kehadiran semulanya, Amelina mengakui pada mulanya sedih dan terkejut dengan reaksi sebegitu.
"Memang pada mulanya saya sedih sebab saya kembali demi mencari rezeki untuk besarkan anak-anak saja.
"Saya bukannya kembali untuk rebut takhta 'Ratu Dangdut'. Kalau dapat bonus kerana gelaran itu, saya sanggup buat apa saja untuk merebutnya," kata Amelina berseloroh.
Ditanya mengenai status rumah tangganya, penyanyi itu enggan mengulas lanjut sebaliknya mahu perkara itu berlalu dengan sendiri.
SUMBER - Berita Harian

0 Response to "Amelina kembali demi menyara anak"

Post a Comment