Gaya, busana JLo curi tumpuan Oscar

blogger templates
JENNIFER Lopez ketika tiba di laluan karpet merah sempena Anugerah Oscar Ke-87 di Hollywood.

KUALA LUMPUR: Gelaran paling anggun dan menawan selayaknya diberikan kepada Jennifer Lopez yang tampil dengan busana labuh berbelahan dada rendah rekaan Elie Saab di Anugerah Academy kali ke-87 yang berlangsung di Los Angeles, hari ini.
Jennifer Lopez atau JLo menggayakan busana indah nan mewah yang berwarna 'beige' persis seorang puteri begitu mencuri tumpuan di anugerah Hollywood yang cukup berprestij dan tersohor itu.
Penampilannya semakin memukau dandanan rambutnya di sisir ke belakang dan ditambah pula dengan anting-anting serta cincin berlian.
JLo pula lebih selesa menggayakan solekan sederhana dengan sentuhan gincu berwarna 'pale pink' melengkapi senyumannya yang ternyata menawan.
Ini sekali gus menjadikan penampilan JLo paling mencuri perhatian di karpet merah anugerah Oscar berkenaan.
Selain penampilan JLo yang menjadi bualan hangat, ucapan ringkas dan padat yang dibuat oleh Patricia Arquette juga turut mendapat sorakan gemuruh daripada selebriti ternama.

0 Response to "Gaya, busana JLo curi tumpuan Oscar"

Post a Comment